
Assalamualaikumu w.b.t. buat saudara-saudara seIslamku dan Salam sejahtera buat kawan-kawan non-Muslimku..
Buat pertama kali aku menulis dalam blog. ermm...terasa pulak nak ada blog sendiri. Aku suka dengan benda-benda yang berkaitan alam semulajadi. Rasa segar je bile bercakap tentang alam semulajadi. Tapi lately, aku rasa alam ni dah tercemar je..dah tak seperti dulu. Siap dengan kebakaran hutannya, jerubunya, tanah runtuhnya...aduhh!!! apa nak jadi dengan alam ni?? apa nak jadi dengan manusia ni?? Bukan ke alam dan manusia ni amat berkaitan untuk keberlangsungan hidup? sebab tu masa aku sekolah rendah dulu2 kala ada subjek ni diajar di sekolah..bile dah masuk sekolah menengah aku diajar subjek geografi..bukan ke kita diajar tentang alam. kesian cikgu2 kita berbuih mulut bercerita tentang alam. tapi hasilnya alam yang tercemar oleh kerakusan manusia sendiri..
Allah Taala menjadikan alam ni pun sebab Dia sayangkan hambaNya. Dia menjadikan alam ni berperingkat2 serupa juga Dia menjadikan manusia dan semua makhluknya. Sesunguhnya aku amat2 bersyukur dengan kurniaanNya yang tidak ternilai ni iaitu ALAM.

No comments:
Post a Comment