Tuesday, August 18, 2009

SaHut CaBaRaN.....PeNdAkiAn Ku

salah satu makhluk yang hidup dalam hutan hujan tropika...lintah!!
view dari atas puncak gunung...memang nyaman je..


posing ler ape lagi!!!


dah penat mendaki dalam ujan lebat.... sesi bergambar
la plak...


ngan kawan2 rapat yang join sekali xpdc ni... i love u all


Masa tu aku memang tak jangka le nak daki gunung ni..member aku kata just training untuk ke Gunung Tahan. Tapi aku tak 'folo' pun ke Gunung Tahan. hehehehe....so bile dah dengar just training je....ok ler..aku join ler.

first time sampai kat tempat tu....kene lalu kawasan umah2 orang asli, tapi umah2 orang asli tu dah moden takde lah cam dulu2 punya umah. Then, kitaorang bersiap2 untuk acara pendakian..mula2 cuaca memang cantik tapi tetiba awan berarak mendung...adoiii....ujan la plak!! lebat lak tu! nak tak nak kene sahut cabaran mendaki gak kalu tak maluuu seyyy!!! kaki memang dah terasa lenguh sebab mendaki dalam ujan...target 3 jam je mendaki dah jadi 4 jam. Track mendaki dah tak serupa track, aku tempuh gak..akhirnya sampai gak kat puncak gunung.yeh..yeh..yeh..BERJAYA akhirnya!!!

So, moral of the story.... setiap apa yang kita lalui pasti ada cabaran yang menunggu, pasti ada rintangan yang perlu dirempuh. Bersabarlah dalam setiap kerja yang dihadapi pasti ada pulangannya. cewahhh....aku dah lama sebenarnya meninggalkan lapangan mendaki ni...sejak sekolah menengah lagi dah buat outdoor sampai dah masuk universitas masih buat outdoor...ingatkan bile dah keje dah tak nak join lagi, rupe2nya aku tersilap masih jugak nak join!!! Dalam usia dah melewati suku abad ni tenaga mungkin dah semakin kureng...ye lah umur dah makin meningkat!!! standard la tu. Tapi aku tak peduli sangat soal umur ni cuma nombor je, yang penting happy..yeahhh!!!



ALam DaN MaNuSiA




Assalamualaikumu w.b.t. buat saudara-saudara seIslamku dan Salam sejahtera buat kawan-kawan non-Muslimku..




Buat pertama kali aku menulis dalam blog. ermm...terasa pulak nak ada blog sendiri. Aku suka dengan benda-benda yang berkaitan alam semulajadi. Rasa segar je bile bercakap tentang alam semulajadi. Tapi lately, aku rasa alam ni dah tercemar je..dah tak seperti dulu. Siap dengan kebakaran hutannya, jerubunya, tanah runtuhnya...aduhh!!! apa nak jadi dengan alam ni?? apa nak jadi dengan manusia ni?? Bukan ke alam dan manusia ni amat berkaitan untuk keberlangsungan hidup? sebab tu masa aku sekolah rendah dulu2 kala ada subjek ni diajar di sekolah..bile dah masuk sekolah menengah aku diajar subjek geografi..bukan ke kita diajar tentang alam. kesian cikgu2 kita berbuih mulut bercerita tentang alam. tapi hasilnya alam yang tercemar oleh kerakusan manusia sendiri..




Allah Taala menjadikan alam ni pun sebab Dia sayangkan hambaNya. Dia menjadikan alam ni berperingkat2 serupa juga Dia menjadikan manusia dan semua makhluknya. Sesunguhnya aku amat2 bersyukur dengan kurniaanNya yang tidak ternilai ni iaitu ALAM.